Thursday, 10 April 2014
KEBAIKAN BEKAM
Walaupun belum banyak penelitian tentang sejauh mana kebekersanan Bekam terhadap penyembuhan penyakit seseorang, namun secara fakta, bekam sudah menyembuhkan ribuan penyakit dan telah diguna pakai sejak ribuan tahun yang lalu.
Rasulullah S.A.W. menekankan manafaat bekam didalam beberapa riwayat; Diriwayatkan Tirmidzi dalam Kitab Sunan (2053), Ibnu Majah (3478) dan Hakim (4/212), Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Hendaklah kalian berbekam pada tengah Qamahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit".
Dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sebaik-baik orang adalah yang melakukan bekam sehingga mengeluarkan darah, meringankan tulang belakang dan mempertajamkan pendengaran".
Sebuah Hadits yang diriwayatkan Ath-Thabrani, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan Hijamah di Qamahduah kerana sesungguhnya hal itu merupakan penawar untuk 72 penyakit dan lima penyakit: Gila, Kusta, Plangka, Vitiligo dan Sakit Gigi".
-Bebas Stroke Dengan Bekam-
Penulis : dr Wadda A Umar
(Doker, Konsultan, dan Trainer Pengobatan Bekam)
Penerbit : Thibbia
APA ITU BEKAM
Bekam merupakan kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah yang terkandungnya toksin atau oksidan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit ari. Dalam istilah perubatan moden dikenali dengan istilah “Oxidant Release Therapy” atau “Oxidant Drainage Therapy” atau istilah yang lebih popular adalah “Detoksifikasi”. Cara ini lebih efektif dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimia) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh sehingga kadarnya tidak makin tinggi (stabil). Tapi jika kesan ubat antioksidan sudah habis, oksidan akan tumbuh dan berkembang kembali. Kerana itu, para doktor biasanya memberika ubat antioksidan secara berterusan.
Untuk mengeluarkan oksidan dari dalam tubuh perlu kaedah khusus. Caranya dengan penyedutan menggunakan alat khusus yang sebelumnya didahului dengan pembedahan minor (torehan khusus) secara hati-hati di titik-titik tertentu secara tepat dalam tubuh, jika oksidan dapat dikeluarkan semua, maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.
Subscribe to:
Posts (Atom)