Thursday 10 April 2014

KEBAIKAN BEKAM



Walaupun belum banyak penelitian tentang sejauh mana kebekersanan Bekam terhadap penyembuhan penyakit seseorang, namun secara fakta, bekam sudah menyembuhkan ribuan penyakit dan telah diguna pakai sejak ribuan tahun yang lalu.

Rasulullah S.A.W. menekankan manafaat bekam didalam beberapa riwayat; Diriwayatkan Tirmidzi dalam Kitab Sunan (2053), Ibnu Majah (3478) dan Hakim (4/212), Rasulullah S.A.W. bersabda:
 "Hendaklah kalian berbekam pada tengah Qamahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit".

Dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
 "Sebaik-baik orang adalah yang melakukan bekam sehingga mengeluarkan darah, meringankan tulang belakang dan mempertajamkan pendengaran".

Sebuah Hadits yang diriwayatkan Ath-Thabrani, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan Hijamah di Qamahduah kerana sesungguhnya hal itu merupakan penawar untuk 72 penyakit dan lima penyakit: Gila, Kusta, Plangka, Vitiligo dan Sakit Gigi".

-Bebas Stroke Dengan Bekam-
Penulis : dr Wadda A Umar 
(Doker, Konsultan, dan Trainer Pengobatan Bekam)
Penerbit : Thibbia

APA ITU BEKAM

Bekam merupakan kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah yang terkandungnya toksin atau oksidan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit ari. Dalam istilah perubatan moden dikenali dengan istilah “Oxidant Release Therapy” atau “Oxidant Drainage Therapy” atau istilah yang lebih popular adalah “Detoksifikasi”. Cara ini lebih efektif dibandingkan dengan carapemberian ubat antioksidan (ubat kimia) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh sehingga kadarnya tidak makin tinggi (stabil). Tapi jika kesan ubat antioksidan sudah habis, oksidan akan tumbuh dan berkembang kembali. Kerana itu, para doktor biasanya memberika ubat antioksidan secara berterusan.


Untuk mengeluarkan oksidan dari dalam tubuh perlu kaedah khusus. Caranya dengan penyedutan menggunakan alat khusus yang sebelumnya didahului dengan pembedahan minor (torehan khusus) secara hati-hati di titik-titik tertentu secara tepat dalam tubuh, jika oksidan dapat dikeluarkan semua, maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.

Thursday 13 March 2014

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM (KAEDAH SUNNAH NABI S.A.W)



1) Kegemukan 
2) Penyakit kaki gajah 
3) Sakit pinggang 
4) Sakit perut 
5) Sembelit 
6) Gangguan jantung 
7) Radang perut 
8) Alergi makanan 
9) Sengal tulang 
10) Sesak nafas 
11) Asma 
12) Insomnia 
13) Cirit birit 
14) Kejang otot 
15) Kencing manis 
16) Gangguan pundi 
17) Menggigil 
18) Kencing malam 
19) Tonsil 
20) Gatal-gatal 
21) Radang usus besar 
22) Stress 
23) Gangguan pundi hempedu 
24) Pusingan haid tidak teratur 
25) Masalah Ginjal 
26) Tekanan darah tinggi 
27) Sakit lutut dan sendi 
28) Sakit kaki 
29) Sakit tulang belakang 
30) Gangguan jiwa 
31) Stroke 
32) Gout 
33) Rematoid 
34) Bisul 
35) Kurang imun 
36) Sinus 
37) Sakit kawasan perut 
38) Gangguan rusuk 
39) Buasir 
40) Mandul 
41) Kuat tidur 
42) Membaiki peredaran darah 
43) Pembuluh darah sempit/sumbat 
44) Sakit punggung 
45) Badan kurus 
46) Membuang tabiat merokok 
47) Sakit bahu/tengkuk 
48) Pekak 
49) Jangkitan kuman 
50) Kurang daya ingatan 
51) Kurang fokus 
52) Sakit punggung 
53) Gangguan pundi 
54) Kaki semut-semut 
55) Salah urat 
56) Lumpuh menyeluruh 
57) Lemah syahwat dan masalah prostat 
58) Pening kerana gangguan haid 
59) Sakit paha dan tapak kaki 
60) Sejuk tapak kaki 
61) Tegang/gelisah 
62) Tumor otak 
63) Lutut yang kaku 
64) Gangguan pankreas 
65) Kejang-kejang 
66) Bisu 
67) Penyakit mata 
68) Berhenti haid 
69) Bengkak testis 
70) Tekanan darah rendah 
71) Penyakit rahim 
72) Keputihan 
73) Masalah kesuburan 
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 
75) Sihir 
76) Saka 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari 

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari 

Monday 10 March 2014

KAJIAN TERAPI AL QURAN PADA TUBUH MANUSIA MENGIKUT SAINS MODEN



Saya ingin memetik satu tulisan baru oleh Dr.Abduldaem Kaheel mengenai kesan yang amat menakjubkan hasil kajian beliau mengenai pembacaan Al Quran terhadap pesakit..

Dr. Abduldaem menulis:-

Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup Anda. Anda mampu mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup Anda benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya. Apa yang harus anda lakukan adalah mendengarkan pembacaan A lquran sebanyak yang anda dapat setiap saat: di pagi hari, petang hari, di malam hari, ketika anda sedang tidur, ketika anda bangun dan sebelum tidur. Anda hanya perlukan untuk mendengarkan Al quran adalah memiliki media seperti laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau peralatan audio yang lain.




Bunyi bacaan Al quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini memberikan kesan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser sekalipun. Kanser adalah suatu kelainan pada sel, sehingga memperdengarkan Al quran bererti memprogram sel seperti komputer yang penuh virus yang “diformat ulang” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja efektif. Inilah program buatan yang manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, pencipta semua manusia?


Efek/kesan yang menakjubkan yang dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al Quran terus-menerus mendengarkan bacaan Alquran memberi anda hasil yang nyata berikut :-

– meningkatkan kekebalan tubuh

– meningkatkan kreativiti

– meningkatkan kemampuan konsentrasi

– menyembuhkan penyakit kronik

– mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan

– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf

– menyembuhkan kegelisahan, dan iritasi

– meningkatkan kemampuan mengambil keputusan yang tepat

– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu

– meningkatkan dan memperkuat kepribadian

– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

– meningkatkan kemampuan pidato

– melindungi dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

– Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok.


Pembaca yang budiman! Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil eksperimen yang saya sendiri lakukan terhadap diri saya beberapa ketika dahulu (Pengalaman Dr. Abduldaem) : Seingat saya, saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tapi setelah terus-menerus mendengarkan Alquran ternyata saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidupku berubah dan mengapa? Tapi setelah saya membaca tentang teknik nubuwah dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia kekuatan Al Quran melalui ruqyah ini membawa perubahan besar dalam hidup saya. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Alquran terus menerus.

Kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba, apapun anda menghabiskan waktu anda dalam membaca atau mendengarkan Al quran, Anda akan menemukan bahwa kali ini tidak akan sia-sia sekalipun. Jika anda sakit atau mengahadapi apa jua bebanan kehidupan, perdengarkanlah Al Quran dan hayati sedalamnya InsyaAllah Al Quran itu syifa dan rahmat untuk anda..


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82 

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS) 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Tuesday 4 March 2014

Soalan-soalan lazim mengenai Bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.

Wednesday 12 February 2014

Bekam Wajah




Bekam wajah bertujuan membantu masalah RESDUNG, JERAWAT, KULIT MUKA BERMINYAK dan pelbagai lagi masalah kullit wajah. Proses pembekaman lebih kurang 30 minit dan akan mengeluarkan darah kotor, angin dan air bisa juga nanah akibat jerawat yang serius.

Kaedah Bekam Wajah ini juga dapat membantu anda yang mengalami masalah sakit kepala dan pening akibat cuaca mahupun tekanan pekerjaan dan rutin harian.

Bagi anda yang mengalami masalah resdung, kemungkinan akan mengalami lebam pada tempat bekam yang akan hilang dlm tempoh dua minggu atau kurang. Namun begitu, keadaan ini hanya akan berlaku untuk peringkat awal, setelah beberapa kali melakukan bekam kesan lebam selepas bekam akan berkurangan dan kemungkinan tiada lebam langsung bergantung oleh kerana darah kotor anda yang semakin berkurangan.


Monday 10 February 2014

Darah kotor dan angin dalam badan

Darah kotor dan angin dalam badan sering menyebabkan kita merasa lesu, letih dan tidak bermaya. Kaedah terpantas untuk melegakan kelesuan itu adalah dengan cara berbekam. In Shaa Allah dengan sekali berbekam kita akan berasa segar dan cergas. Tetapi di ingatkan, kelesuan dan keletihan itu pasti akan datang kembali kerana sebagai manusia sentiasa menggunakan tubuh badan kita untuk bekerja demi kelangsungan hidup dan tanggung jawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Amatlah disarankan untuk berbekam pada pertengahan bulan Islam (waktu bulan mengambang) dan hari yang di sunatkan berbekam adalah 17, 19 dan 21 mengikut kalender Hijah.

Sunday 9 February 2014

Memahami erti BEKAM

Oleh ZUARIDA MOHYIN

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.

"Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.

"Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta," katanya.

Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.

"Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.

"Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas," ujar Mohd. Gadafi.

Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.

Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.

"Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih," katanya.

Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.

Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.

Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.



Info ringkas Kaedah Bekam Sunnah (Darah)

~ Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

~ Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

~ Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

~ Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.

~ Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

~ Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

~ Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 3x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

~ Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.

~ Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.